Tuesday 16 October 2012

Tahlil arwah..



Assalammualaikum wrt..

Pagi nih bonda jiwa kacau sikit.

Penat kenduri tahlil bidadari itu masih tersisa.

Kuala Pilah - Rembau - Bukit jalil - Rembau - Bahau.

Sendirian.

RYAN4?

Tak dapat di angkut bersama kerana masalah2 teknikal.

Haruslah en.sayur bertukar menjadi Mr.Mama nya.

Hew3!!.

Tahlil arwah nenda mereka berjalan lancar.

Alhamdulillah...tetamu yang hadir melebihi jangkaan.

Ampun dan maaf kami sekeluaga minta di atas
' ketidak cukupan ' lauk tersebut.


Murah rezeki arwah bidadari bonda dari saat beliau
jatuh sakit hingga ke hari ini.

Tiap2 sesuatu kesedihan yang Allah swt beritakan..pasti terselit sejuta rahsia yang penuh berkat di hujung jalan cerita nya.

InsyaAllah tahlil ini pasti menjadi acara wajib tiap kali ulangtahun kelahiran bidadari bonda nih.

Hanya ini yang mampu kami sumbangkan selain
kiriman doa yang tak pernah putus.

Ada seketol dua picca jer..:(

Gigam woman terperangkap di antara kesesakan orang ramai.

- Sigh -

Picca merepek jer yang hader..

Sob3!!

Tapi korang layan jer lah eehhh..,
.
.
.
.
.
.
.

Ini makcik, dia tahlil dulu..

Tahlil potong bawang katanya,

Hover sgt nih!

Hak3!!.




Ahli2 mesyuarat tingkap merangkap bff arwah
bidadari bonda. kiranya orang pentinglah tiap kali ada
kenduri atau tahlil dari keluaga bonda.
Tq cik mah dan cik ema :)




Haaa!!

Yang hitam dan manis2 kelat ini namanya ' Jianger '.

Asal : Bangladesh 
Hubungan : Pekerja ayah bonda.
Status : Masih bujang dan available.
Skill : Super beriani man.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi bonda di muka buku untuk tempahan temujanji yer. Untung korang klu dapat berlaki kan dia nih tau, ari2 makan nasik beriani dia yang menjilat buku lali tuh.
Ini tak propa tau..betul2 nih!! ekeke!!.




Keadaan rumah merpati kami sebelum
di serbu tanpa belas kasihan.




Tengok2!!..sampai kat bilik stor kecik ada yang duduk
menjamu selera, punyalah hebat penangan nasik
beriani mamat bangla tuh..haha!!




Tak percaya? korang tgk lah diorg duk serbu meja makan.
Ni dalam keadaan dah terkawal sikit pasal sebahagian tetamu dah duduk kat luar menjamu selera..^_^




Kenyang pewut suka hati lah kan. Berlonggok
bercerita ceriti sebelum balik. Korang tau dah
pukul berapa waktu nih? 11.30 malam.


- menguap -




Ini pekerja baru ayah bonda..

Asal : Nepal.
Umur : tengah masak2 ranum gitu.
Skill : Tido macam org mati.

Kah3!!

Eeeehh..bukan lah korang, nih adik bonda :P

Dia nih memegang jawatan cleaner tiap
kali selesai sesuatu majlis.

Bergaya kan?.

Ada soklan?

Oohh, nak tanya pasal bangla masak..:)

lalu ker nak makan?

Tau dah persoalan2 maut dari korang yang baca entry nih..hik3!!. bonda kan super saiya..( tetiba ). Sebelum soklan tuh terlintas kat fikiran semua, bonda awal2 dah buat perancangan untuk pastikan si abg 'hitam kelat' tuh masak dalam keadaan yang bersih dan tak di ragui tau. 

Sekejap2 bonda terpaksa angkat muntot gedang dan berat bonda nih g buat spotcheck kat dapur. bukan tuh jer..bonda remind kat diorg banyak kali supaya bersih2 kendalikan dapur n masakan. Walaupun percakapan kami umpama 'itik dan ayam', takpe...janji tertelan makanan tuh nnt :P. Dengan bantuan bff bidadari bonda..alhamdulillah, semuanya kelihatan bersih dan sempurna di mata kami.

Aroma nasi beriani bangladesh nih..ssh bonda nak kata, wanginya..satu level datang jenguk rumah tau..mwahaha!!. Segala benda nak datang dari bangla, berasnya..cilinya..rempahnya. Siapa lagi yang kena turun pangkat kan...haruslah ayah bonda. Dari bos2 terus jadik driver..ekeke!!.

Ok lah korang...kita jumpa di entry yang akan datang yer..
Luv korang banyak2!!
Adios!

*Al Fatihah buat ibu..72hari kita terpisah jasad.




No comments :