Wednesday 10 October 2012

RYAN4 dan toilet training




Melalui muka buku..

Bonda di tanya tentang toilet training.

^____________^

Percaya tak bonda kata, encik2 RYAN4 free
diapers bermula seawal umur 2++

Malah ada yang sebelum umur 2 tahun pun.

Ryan Muhaimin...usia setahun 10 bulan
dah tak pakai diapers lagi.

Alhamdulillah.

Mereka pandai membawa diri dan tahu berdikari.

Siapa kata anak ramai menyusahkan?

Mempunyai anak saban tahun merungsingkan?

Anak yang rapat menyulitkan?

TIDAK.

Bah kan punya banyak hikmah yang tersembunyi, asalkan kita bersyukur dan sentiasa percaya bahawa Allah swt itu tahu apa yang terbaik buat kita. Lelah? usah di persoalkan semua itu, tiap tanggungjawab pasti ada kekuatan yang di bekalkan..begitu juga pada bonda dan en.sayur :)

RYAN4 tiada toilet training pun dari bonda.

Ke semuanya meminta izin untuk tidak memakai
diapers lagi bila mereka mula merasakan masanya telah tiba.

Paling bonda kagum bila mana mereka
tidak melepaskan ' air wangi ' mereka merata2.

Di tempat tido jer mungkin ada..itu pun bonda
masih boleh kira seberapa kerap,

Abang long : 3x
Abg ngah : Tak pernah.
Abg lang : 3x

Hajat yang besar2 lagi lah tak pernah.

Gud RYAN4!!
(tepuk tangan utk diri sendiri..ekeke!!).

Cuma bonda selalu cakap..

" hish..malu lah pakai pampers, dah besar dah.
malu jer masih pee pee n poo poo kat dalam seluar..
orang besar kan kena buat kat toilet..baru handsome "

Cakap sambil usap2 manja peha diorg.

Bukan marah atau pun cubit tau!!.

Walau macam mana pun..lain orang lain caranya.

Ada yang tak kisah pun anak ber'diapers.

Tapi kalau kita mampu berjimat apa salahnya kan??

Peace!!

No comments :