Monday 22 October 2012

Perempuan dan kereta..



Assalammualaikum wrt..

Pagi nih pagi yang ringkas.

Pagi yang pantas.

Juga pagi yang tuntas.

Ekekeke.

Serba serbi kena cepat,

Dah macam askar wataniah jer kami anak beranak
kena bergerak pagi nih.

RYAN4 dah macam..

Malas nak cakap.

Huh!! kat en.sayur. :)
(huh! manja2 je tau, karang berdosa pulak kan..hiii).

Dah lah nak cepat..sat g ada pulak hamba Allah swt nih
memandu macam orang tengah bercinta.

50km sejam kot rasanya.

Lagi best bila dia sekejap2 tekan brek..
pastu en sayur kata gini..

" Mesti perempuan yang bawak keta nih...slow. Kaki dia rosak
ke keta dia yang rosak nih..jap2 break "

PEREMPUAN.

Ok fine!! memang perempuan selalu gitu. bonda pun memang
hobi tekan brek sannngaaatttt..

- Mata ke atas -

Mentaliti kaum lelaki nih memang dah tak leh ubah dah rasanya. Semua kelembapan kereta kat jalan raya salah org perempuan. Punca banyak berlaku kemalangan pun katanya banyak salah perempuan. Serba serbi bab kereta nih perempuan failed katanya. Lelaki tak macam perempuan..hebat memandu, pandai bertimbang rasa kat jalan raya dan bla..bla..bla.

Kalau di tanya kenapa kami memandu slow..jawapan nya,

' Kami memandu perlahan supaya kami masih mematuhi had laju dan keselamatan penumpang terjamin '

Mengapa kami selalu tekan brek sewaktu memandu?..ini jawabnya,

' Kami selalu tekan brek kerana kami berhati2..takut2 ada kecuaian dari pihak hadapan kereta atau pun kecacatan pada jalan raya '

Hiiiiiii....logik tak jawapan bonda?

Ke korang ada jawapan lain?

*Al Fatihah buat ibu tersayang...83hari.

No comments :