Sunday 18 November 2012

~ 100 hari dalam kenangan ~


Assalammualaikum wrt.

16 Haribulan November 2012.
Genap lah seratus hari arwah bidadari bonda pergi menghadap Illahi.

Sebenarnya bonda masih tak tergamak nak menggunakan perkataan 'arwah'. Walaupun hakikatnya begitu. Masih terasa dekat ibu di sisi kami. Bak kata adik sepupu bonda yang bersama2 menguruskan ibu di awal permulaan deritanya..

" Rasa macam baru semalam je daftarkan acik kat
kaunter masuk wad "

Sekejap kan rasanya bila orang yang tersayang pergi tinggalkan kita. Pergi mereka tak akan kembali, hanya kenangan yang akan terus meniti bibir dan bersemi di hati kami.

Al Fatihah buat ibu bonda tersayang...Eshah bte Pendek.

- Nangis -

Tahlil ke seratus juga telah selamat kami jalankan. Seharian kami bercerita..kami mengenang dan yang pasti kami berdoa, semoga rohnya di cucuri rahmat..mendapat belas dari yang ESA serta di ampunkan semua dosa2nya. Berat mana pun bahu kami memikul beban rindu ini, besar mana pun kasih yang terpaksa kami korbankan..namun hanya satu yang pasti. 

Ibu telah berada di kalangan orang2 yang di sayangi dan tiada kesakitan dunia lagi.InsyaAllah.

Bonda tak sempat sangat pun bergigam, jap2 ada yang panggil..jap2 RYAN4 buat hal, haih!! macam 2halangan :P. Tapi ada lah picca seketol dua. Walau apa pun yang berlaku..seratus 3 hari sudah kami melaluinya dengan redha. Bonda percaya...bila kita redha, Allah swt permudahkan urusan kita. Jom tengok picca yang tak seberapa yang membabitkan penduduk2 kampung batang nyamor, rembau...^_^

kalau kenduri takde seisi salai menyalai memang tak sah :)

Malam sebelum tahlil

Ramai pemerhati dari pekerja...jadilah :P

Ikan talapia yang terkorban di salai'an, ekeke!!

Buat2 bz..APTB mok nih.

Cer angkat tangan sapa yang tau bekas nih??

Pagi di hari tahlil, orang kampung bonda mmg
 cekap bila di jemput kenduri..tq!!

Makcik2 dan wan ongah yang tak jemu melayan :)

sapa tau daun nih bonda tabik!!

Sebahagian dari 'boko' ^_^

Pedih mata dek asap, sabar yer cik yer ^_^

ok..ini paksa rela, nampak big bos tuh?? adehhh!!!

Pak2 sibuk bonda..luv!!

bonda telah di 'ngonyamkan' waktu nak amik picca ini
oleh wan ongah tudung munga..hish!!

Antara hidangan.

kami di kampung masih mengamalkan konsep berhidang,
lebih mesra rasanya
.

Sebahagian dari yang hadir.


Jemaah masjid yang hadir...alhamdulillah.

kuat sangat merokok..hamik ko baldi sorang seketol
utk buang habuk rokok..haha!!
bonda pun tak tau macam mana mamat
nih boleh lari dari kerja,  kih3!!


Beramai2 ke pusara ibu, mencurahkan semua rindu dan doa :(

hujan dan lecak.


Adik dan sepupu yang selalu di sisi.


- kami -


ok.ini memang biasa.ayam masak merah.

goodies bag dari bonda. Rezeki bidadari bonda.

- kami-kami -

ini agar2 strawberi sebagai pencuci mulut,
takde resepi..bonda hentam jer :P

Last...budak banyak ragam dad day..heepp!!

Ini sahaja buat kali nih, kalau mood ada bonda tulis lagi yer...daa!!!

2 comments :

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah, rohnya telah aman damai di sisi Maha Pencipta dengan iringan doa mereka yang sentiasa mengasihinya...

Bonda Ryan said...

Amin.mudah2an kak chik :(