Monday 5 November 2012

Konvokesyen pertama...terharu!!!




Jumaat yang baru berlalu nih menciptakan
seribu satu kenangan buat kami. 

Konvokesyen taska RYAN4.

Konvokesyen pertama Ryan Mukhlis
dan Ryan Muhaimin.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.

Paling bonda terkejut beruk comel bila nama salah seorang
anak bonda di angkat menerima Anugerah kanak-kanak
cemerlang bagi tahun 2012.

Konvokesyen ini menghimpunkan 3 taska
permata daerah Kuala Pilah.

Dan hanya 3 orang pelajar cemerlang di pilih.

Ini permulaan yang baik Ryan Muhaimin.

Semoga kamu akan terus cemerlang dan menjadi pembakar semangat kepada abang serta adik kamu nanti.

Sejuk pewut bonda macam frezer sayur
ayah tau tak...ekeke!.

Jangan semasa taska ni jer kamu cemerlang,
dah makin dewasa nanti berpalang...selisih!

Doa bonda sentiasa ada untuk anak2 bonda. Umpama air
sungai yang tidak pernah berhenti mengalir. 

Sungai tercemar tak masuk list yer :)

Ok...moh kita layan picca moh,
.
.
.
.
Masyal tetap beraktiviti..tak kira tempat dan masa :)

muka lebar pasal zoom tau (sedapkan hati sendiri..kih3!!)

Emin bonda ^_^

terpaksa...sigh!


YB Tuan Haji Adnan.

bonda proud of u sayang..

Alhamdulillah ^_^

handbag bonda hari itu.

kalah YB dah nih...perasan!! 

korang berkonvo lah bagai..tido lebih baik, masyal2..:P

Citam kami..luv2!!

Akceli mamat nih pinjam baju abang jer..umur
3tahun takde uniform konvo.

Dewan yang kecil..orang yang ramai.

Anak2 penentu masa depan negara.

sebahagian yang di raikan.

AMIINNNNN!!! Selesai jugak majlis. kata acal...haha!!

joget syok sendiri...sigh!

yang ini bertenaga..awesome!

- Anti camera -

Drama kan pose dia...haha!!

Muhammad Ryan Muhaimin.

VVIP katanya...weekkk!! (jeles)


Selesai sudah majlis itu dengan penuh jayanya. Terima kasih yang tak terhingga buat semua guru2 di TASKA PERMATA  FELDA KEPIS kerana telah mendidik anak2 bonda dengan penuh kasih sayang dan tunjuk ajar yang tak pernah selesai. 2 tahun mereka di sana...banyak perkembangan positif dapat bonda lihat. Ternyata lah bahawa tidak semestinya taska kerajaan itu tiada yang baik. Walaupun satu ketika dulu bonda pernah terhasut dengan momokan bahawa taska swasta lebih baik (tepuk dahi!!). Walau di mana pun anak2 kita belajar dan menuntut ilmu..kejayaan yang datang bukan lah datang bergolek. Tiada istilah taska swasta itu bagus kerana yuran yang mahal dan taska kerajaan itu teruk kerna yuran yang murah. Semuanya sama. Semuanya terletak pada anak-anak itu sendiri..dan ibu bapa yang berada di sisi. Pembelajaran pertama mereka ada di rumah. Bukan di Taska atau tadika.

Sekian sahaja dari YB Hasliza Ruslan.

Geli tak? geli tak?

Bagi can lah weih...haha!!



2 comments :

Aidah said...

Sekarang ni musim konvo dan konsert tadika kan. Satu Malaysia penuh dgn kecomelan sekarang ni dan semestinya Ryan2 semua antara penyumbang kecomelan ittew. Tahniah anak2.

Bonda Ryan said...

aaahh kak ida, jadual as nih padat betol dgn aktiviti dari taska dan tadika. maklum lah..anak berderet macam tangga, ekeke!!. alhamdulillah sebab ALLAH swt beri tenaga dan kesihatan yang baik buat as dan suami.