Sunday 4 November 2012

Telur + RYAN4..tak dapat di pisahkan :)



Malam tadik encik2 RYAN4 kebuluran tahap maksima.

Bukan bonda tak kasik makan tau, hepp!! jangan cepat buruk sangka yer kawan2 semua.

RYAN4...

Adakalanya selera mereka mengalahkan anak omputih tahu. Semalam hujan sepanjang hari. Terpaksa rela ikut bonda ziarah kubur bidadari itu. Nak kata jauh perjalanan itu idak ler jugak..ada lah sejam di dalam 'kuda perang' bonda. Maka itu menjadi alasan yang sangat kukuh untuk buli bonda.

-Tepuk Dahi -

Hujan membasahi bumi.

Tapi hujan air mata membasahi dapur bonda..
(drama sangat lah bonda oooiii...haha!!).

Gigih berjuang menyiapkan hidangan request dari RYAN4.

Jeng3!!
.
.
.
.
.

Steak bertelur!!!

Ekeke!! suka hati anak tekak jer letak nama. Apa ada pada nama kan? ada rasa pun dah cukup baik cik kak dan cik abang yer. Jangan daging rasa getah sekerap..coleslaw rasa gam UHU dan fries rasa batang mancis. Dah....Jangan lah pulok korang nak bayangkan perumpamaan itu yer, bermusuh pulak korang dengan steak nanti. Sian bonda dapat dosa melagakan orang dengan steak :P

Alhamdulillah. RYAN4 makan sambil jilat2 jari2..:). Itu tandanya steak syok sendiri bonda nih super hebat di hati mereka. Pulak tuh..sepanjang makan asyik lah dok panggil bonda " Chef "..haha!!. Kembang kempis hidung tanda setuju...agaga!!. Bonda tidak lah pandai masak macam " chef " kat Masterchef tuh kekdahnya...tapi anak2 kan, kita goreng telur tak masak pun dia orang tepuk tangan tanda sedap. Itu lah sebenarnya tanda kasih sayang yang terjalin antara kita dengan anak.

Ok...namoh banyak citer, bonda ada 2 tepek picca RYAN4 menikmati steak mereka malam tadi.
.
.
.

Kongsi pinggan bila harmoni jer tau auntie and uncle suma. Time tak harmoni sila letak sorang satu sudut rumah, sebab takut2 tercetusnya perang saudara...hihihi.


Maap lah yer...picca tak berapa nak cantik, al maklum lah..
kamera genggam bonda nih multifunction. Bukan setakat camera..ia turut menjadi bola di kalangan mereka :(

Ada sesiapa nak resepi Steak Bertelur syok sendiri nih?

Macam biasa...pm bonda di muka buku yer. Idok ler rajin bonda nak taip resepinya di sana dan di sini. Bukan apa..saraf2 tangan bonda mintak nyawa tau bila bonda menaip berjela2...haha!!.

Ok sekian untuk hari ini..jumpa lagi yer semua.

^___________^


3 comments :

Aidah said...

Sedaaaaapnya steak bertelur tu chef. Cukup ke sepinggan tu kongsi berempat. Kalau acik ida join sekali tentu tak cukup. Hihihi.

Aidah said...

Sedaaaaapnya steak bertelur tu chef. Cukup ke sepinggan tu kongsi berempat. Kalau acik ida join sekali tentu tak cukup. Hihihi.

Bonda Ryan said...

eeeerrr...klu acik ida nak join, chef buat mogok lah kat dapur..hihi. boleh jer...klu ade rezeki acik ida, insyaAllah cukup :)