Sunday 20 January 2013

~ Semoga berbahagia ~



Assalammualaikum wrt..

Isnin..

Hari yang selalu buat bonda termenung 1/2jam kat depan pc. Kekununnya 'monday blues', padahal ari2 pun blues sokmo..adess!!. Alhamdulillah bonda dah kembali huru hara kat opis nih, kembali tersengih macam kerang busuk dua ploh empat jam, kembali potpet2 macam bertih jagung. Alhamdulillah kerana kesihatan yang baik itu milik bonda juga walau di uji dengan kesakitan yang biasa2 sepanjang minggu lepas.

Pagi tadi memang ter'blues sekejap bila dapat fhone call dari ayah bonda. Bukan tak biasa di panggil begitu tapi panggilan pagi tadi buat bonda termenung seketika. Sebagai seorang anak yang sudah pun beranak pinak (maaf kalau bahasa sedikit terkasar), perbualan terus terang amatlah bonda alu2kan. Bukan sebab bonda rasa bonda dah cukup besar untuk di layan begitu. Tapi bonda rasa berterus terang itu adalah jalan yang terbaik dari bonda mengetahuinya dari soksek2 mulut orang sekeliling. 

" Ayah nak kahwin dalam masa terdekat "

Tipu kalau bonda kata, bonda senyum. Hari yang terang benderang tiba2 bonda rasa suram. Bonda rasa mendung. Masa berganti masa, hari kian berlalu meninggalkan kami. Sedar tak sedar hampir 7bulan  'bidadari' bonda tinggalkan bonda. Tiap saat tiap ketika, tiada sedetik pun bonda lupakan wajah itu.

Siapa yang tak lalui tak rasa apa yang kami rasa, siapa yang tak berjalan di jalan yang bonda harungi pasti tak mengerti betapa duri dan ranjau itu menikam2 kaki ini. Namun biar perit dan sakit mana pun, hidup harus di teruskan. 'Bidadari ' bonda telah pergi ke suatu tempat yang abadi dan pasti lebih baik dari sisi kami yang masih tidak mampu melupakan duniawi. Bonda redha. Bila mana ayah menyuarakan hasratnya sebelum ini, bonda telah pun menguatkan mental dan hati untuk terima semuanya. Bonda punya suami dan anak2 yang sangat memerlukan belaian dan perhatian. Mana mungkin bonda memberikan sepenuh perhatian pada ayah yang kerinduan. Mana bisa bonda berulang seminggu sekali ke rumah ayah semata2 untuk menguruskan keperluan ayah dan memasak kan hidangan permintaan ayah. Sungguh!! sungguh bonda tak terdaya melakukannya sepanjang 7bulan ini.

Bila terkeluar hasrat itu pagi ini secara tiba2, bonda hanya mampu mengucapkan syukur dalam tangisan yang hanya bonda mengerti. Tiada siapa yang suka tempat ibu mereka di ganti, begitu juga bonda. Tapi kasih sayang bonda pada ibu itu, punya tempat tersendiri di hati ini, ayah juga begitu. Kerana kasihkan ayah bonda rasa bonda wajar tersenyum dan relakan tindakan nya ini. Ayah perlukan teman di kala sakit, perlukan kawan di saat suka serta perlukan seorang perempuan untuk menjadi peneman di hujung usia. Bonda faham itu. Dan bila mana pilihan telah di buat...sebagai seorang anak..bonda akur. 

Akur bonda bukan bermakna bonda suka, bukan juga berniat untuk membenci. Tapi akur bonda kerna bonda hormat..juga kerana bonda pasti ini adalah yang terbaik. Ayah berhak bahagia setelah terluka. Ayah juga harus punya masa depan yang baru untuk kehidupan ayah yang mungkin masih panjang. Mudah2an. Bagi mereka yang tak cuba untuk mengerti, jangan sesekali persoalkan kasih sayang bonda pada Allahyarhamah ibu bonda. Juga tolong jangan pertikaikan keputusan kami adik beradik.

- Emosi -

Lastly..maaflah korang yer kalau korang terbabit terpaksa rela baca entry nih. Bonda menulis untuk melepaskan apa yang terbuku. Hanya di blog sahaja bonda mampu melakarkan semua resah. Mencoretkan apa yang bonda rasa. Ini ujian hidup. dan ini juga dugaan buat bonda sebagai seorang anak, isteri dan ibu. Bonda percaya pada satu kata2..

Allah menguji KEIKHLASAN hati bila bersendirian..
Allah memberi KEDEWASAAN bila kita ditimpa masalah..
Allah melatih kita dengan KESABARAN dalam kesakitan..
Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..

InsyaAllah. Semoga ayah bahagia dan ini adalah jalan yang terbaik serta pilihan yang tepat buatnya..bonda doakan. Amin sejuta kali. Kami sayang ayah kami.








5 comments :

Kakcik Seroja said...

Kita doakan semoga ayah berbahagia dengan pilihannya...

Aidah said...

Alhamdulillah. Perancangan Allah sangat sempurna. Siapalah kita untuk mempersoalkannya, kan. Semoga ayah dan adik juga berbahagia dgn keputusan ini. InsyaAllah.

PCL said...

di situasi begini kekadangnya ada segelintir anak tidak mahu faham dgn kehendak ayahanda yg sunyi dan sanggup bermasam muka dgnnya dek kerana sikap kerasnya hati...ego mungkin juga sengaja.

azieazah said...

Tahniah Hasliza, kerana membuka hati untuk menerima keputusan besar utk ayah itu.

Rasanya, itu suatu keputusan yang terbaik utknya. Kita harus memahami keadaannya, kan?

Kawan saya pun, ayahnya yg umur 70++ baru saja berkahwin baru, sebab tiada siapa menjadi peneman hari sunyinya..

Bonda Ryan said...

kak cik : insyaAllah kak..ain doakan yg terbaik buatnya.
kak aidah : iya kak..semua perancangan telah ada sejak azali, terima dgn redha.
PCL : siapa kita utk menghalang. ayah saya juga punya perasaan seperti manusia lain.insyaAllah semuanya akan kmbali normal.
kak azie : walau terasa menelan kaca, tapi jika dpgang pun..ia tetap luka.saya mnerima setelah di timbang balik seribu kali :)