Tuesday 16 October 2012

Surat cinta di pagi rabu ^_^




Assalammualaikum wrt..

Alhamdulillah masih tersenyum..walaupun,

Ini Rabu yang menjengkil kan.

Ini Rabu yang exhausted.

Ini Rabu yang annoying.

Eeehh..semuanya lah :(

MAU 6614 buat mogok depan trafic light.

- nanges -

Tengah2 duk buat muka sedih dalam kereta yang
tak bergerak..dapat ini,
.
.
.
.
.


Rakan setugas bonda mengirim sms.

Kami senasib pagi ini.

Hari ini hari ' kereta rosak ' kot.

Rosak yang sebetulnya rosak tau...bukan 'rosak'
di taman2 bunga atau pun pinggir2 jalan.

Rosak itu jawapannya ada di pejabat agama.

Rosak kami jawapan nya haruslah di bengkel
beralaskan not berkaler.

- Meraung -


Buat MAU bte 6614...

Bonda sayangkan kamu sangat2. Setiap kali ayahanda kamu ingin melepaskan kamu, maka tiap kali itu lah bonda pertahankan kamu. Bonda bela kamu...bonda tau, kamu tahu itu. Atas sebab itu kamu sentiasa baik dan tidak pernah menyusahkan bonda. Tetapi mengapa? mengapa pagi ini? kenapa pagi ini kamu protes pada bonda? tidak cukup kah minyak hitam sebagai sarapan? fuel tank sebagai hadiah?..apa lagi MAU?. Selama ini kamu kerap membuat onar pada ayahanda, kamu merajuk..kamu tunjuk perasaan. Bonda bersabar kerna bonda tau kamu tidak sekuat dulu. Bonda sabarkan hati ayahanda kamu. Namun pagi ini kesabaran kami telah kamu uji dengan ragam kamu yang tak pernah usai. Satu demi satu hal kamu lakukan. Beribu wang telah kami belanjakan hanya untuk menjaga hati kamu. Balasan nya? kamu tetap seperti selalu. Maafkan bonda kerna terpaksa merelakan tindakan ayahanda kamu pada kamu dalam masa terdekat ini. Sungguh!! bonda dah tak berdaya untuk terus bersabar dek amarah ayahanda kamu. Terima kasih kerna bakti kamu selama ini. Semoga kamu tenang di sisi ayahanda dan ibunda yang baru kelak.

Salam Sayang dari,

Bonda yang menyayangi kamu.



5 comments :

ShahK1 said...

Wah!! Alasan yang sungguh konkrit untuk cinta beralih arah...Semoga segalanya dipermudahkan.

ShahK1 said...

Wah!!! Alasan yang kukuh..semoga dipermudahkan segala urusan.

ShahK1 said...

Wah! Alasan yang sangat kukuh! Moga dipermudahkan segala urusan.

ShahK1 said...

Wah! Alasan yang sangat kukuh! Moga dipermudahkan segala urusan.

Bonda Ryan said...

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Tinggal menunggu masa sahaja untuk menjemput ahli baru bonda :)