Friday 19 October 2012

Warkah buat adik gemok ^_____6




Assalammualaikum wrt..

Pagi ahad yang indah..

Anak2 masih ada di depan mata dengan
senyum yang mendamaikan.

Encik sayur kesayangan masih mengucup
dahi bonda tiap pagi.

Alhamdulillah masih di beri kebahagiaan
yang tiada nilainya.

Kehidupan berumahtangga bukan lah seperti yang selalu kita angankan sewaktu remaja. Fasa ini sangat2 lah menguji minda dan hati kita. Bagaimana kita bertindak..bagaimana kita berfikir dan bagaimana kita menangani nya. Bukan usia yang menjadi tali pengukur pada sesebuah kebahagiaan berumahtangga itu, tapi kematangan. Ada orang telah lanjut usianya baru merasai nikmatnya berumahtangga..ada pula yang masih mentah dan setahun jagung dalam berdiri di atas kaki dan terus membuat keputusan untuk masuk ke alam tersebut. Segalanya adalah perjudian. Menang atau kalah semuanya terletak pada kita dan takdir Allah swt yang menggerak kan semua kejadian.

Bonda sebenarnya seriau bila mengenangkan adik bonda yang akan melangkah ke alam ini. Dia satu2 nya adik bonda. Sewaktu bidadari bonda sedang menikmati waktu2 terakhir hidupnya..berulang kali beliau mengingatkan bonda tanggungjawab bonda pada ayah dan adik bonda. Bonda satu2 nya anak perempuan beliau dan pada bonda lah segalanya terluah. Kami pernah menangis bersama tatkala berita tentang sakit yang menyerangnya itu di khabarkan oleh doktor. Acap kali juga kami baring bersama dan menangis tanpa suara bila bercerita tentang keluaga..kehidupannya dan apa akan terjadi selepas pemergiannya. Segala2 nya umpama telenovela sekarang. Satu persatu tekaan Allahyarhamah mejadi nyata. Seperti telenovela yang mudah untuk kita ketahui penghujung jalannya. Dan kerana itu..bonda masih tersenyum hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Buat adik bonda tersayang..Mohd Hafizul @ gemok, ekeke!!
sila baca ini...

Adik...
Sejauh mana pun kamu bakal melangkah..setinggi mana pun kamu bakal berdiri, ingatlah satu perkara yang tak pernah usang antara kita..KASIH SAYANG. Dari kamu kecil hinggalah kamu dewasa...tangan kita selalu berpaut antara satu sama lain tatkala kita mahu rebah. Atas dasar itu, kerisauan akak pada kamu sangat2 meresahkan. Kamu mungkin telah dewasa dari segi luaran dan pertambahan usia..tapi kamu tetap adik manja yang masih memerlukan tangan untuk berpaut. Selepas ini kamu bakal menempuh satu alam baru yang sangat2 penuh ujian dan cabaran. Pesan akak...selalu lah kamu meletak kan diri kamu serendah2 lalang menyembah ke bumi. Hidup berumahtangga ini tidak lah semudah yang kamu sangka..banyak yang perlu kita korbankan dan fahamkan. Jaga maruah isteri kamu seperti kamu menjaga maruah kamu. Wanita sudah lumrahnya perlu di pimpin. Pimpin dan tegur lah bakal isteri kamu nanti dengan selembut2 perkataan. Jangan kamu mengasarinya walau dengan hanya tamparan manja. Apatah lagi jerkahan kasar dan kudrat lelaki kamu itu. Kita semua masih belum sempurna saat kita bersatu nanti. Maka carik lah kesempurnaan itu dengan sefahaman dan penuh kasih sayang. Hingga ke saat ini akak juga masih belum sempurna..masih dengan kepala angin yang sangat2 memeningkan. Tetapi seperti kamu sedia maklum..abg ngah sesabar- sabar manusia melayan karenah kakak kamu nih :P. Semoga dengan sedikit nasihat ini kita sama2 belajar untuk menjadi dewasa yang sebenar2 nya dewasa...bukan nya dewasa pada umur tapi sifat dan kelakuan amatlah menyedihkan. Tiada ibu bukan bermakna kita tiada ayah..tiada harta bukan bermakna kita papa budi bahasa dan Tiada wang ringgit bukan bermakna kita tiada maruah. Ikutlah resmi padi...semakin berisi semakin menunduk ke bumi. InsyaAllah selamat hidup kita dunia dan akhirat.Allahualam.


2 comments :

Kakcik Seroja said...

Semoga selamat segalanya. Amin.

Bonda Ryan said...

Terima kasih kak chik atas doa tu, semoga kita semua bahagia dan terus bahagia mengikut jalan yang benar,amin :)