Monday 29 October 2012

- Yakin dan Redha -



Keyakinan tentang sesuatu yang terjadi itu adalah qada dan qadar dari Allah swt sebenarnya permulaan kepada kekuatan mental dan emosi seseorang bila dia di timpa musibah. Tiada siapa di dunia nih yang mahukan duka dalam kehidupannya. Duka itu seksa...duka itu lara. Namun bila memandang kepada semua hikmah duka itu pasti kita akan tersenyum sendirian.

Satu ketika dulu..bonda pernah lemah. Lemah bila berdepan dengan ujian dan cabaran hidup. Menangis dan mengadu pada dia yang telah pergi. Mencari sedikit semangat untuk bangun dengan kata2 hikmah yang sering bonda dambakan. Namun bila dia telah pergi..bonda mula belajar untuk memendam. Menelan tiap rindu dan duka, teruk pada permulaannya..sakit awalannya. Empangan mata ini sering menjadi benteng kekuatan. Meraba-raba di dalam terang..mencari-cari kekuatan yang sememangnya sudah lama terpinggir.

84 Hari telah meninggalkan bonda dengan kenangan yang semakin menjauh. Rindu itu masih kekal di situ..dan akan kekal sehingga jasad ini bersatu dengan tanah. Hari-hari ini masih di bayangi susuk itu..masih terdengar-dengar suara merdu itu, sumpah!! segalanya masih jelas bermain di mata. Namun keyakinan bahawa DIA telah bahagia di sisi penciptanya serta keyakinan bahawa semua benda dan seseorang di dunia ini bukan milik kekal kita membuatkan bonda masih berdiri hari ini. Masih tersenyum berhadapan dengan setiap ujian dan akan terus berdiri menongkah arus kehidupan.

Ibu..
Sejak ibu pergi kak ija dah mula kuat dengan semua ujian berumahtangga. Mulut ni dah pandai berdiam. Mata ini dah pandai memejam saat ianya ingin mengalirkan cerita. Hati kak ija dah kuat...sekuat hati ibu. Tiada lagi rungutan tidak puas hati..tiada lagi kesalan kesalahan. Semua yang kak ija lakukan sekarang..kak ija mulakan dari doa, seperti yang ibu selalu pesan. Adik juga begitu..dia dah pandai masak nasi. Paling best...dia dah mula belajar memasak dan mengemas. Kain baju pun adik pandai dah basuh dan lipat. Kesian bu..tapi apa kan daya kak ija, keluaga kak ija memerlukan kak ija di sini. Robek hati tengok ayah makan lauk beli dan adik membasuh pinggan sendiri. Tapi bu...ibu pasti bangga, bangga lihat mereka dah berdikari. Tiada lagi jeritan ibu sana sini yang sering kedengaran waktu ibu bersama kami dulu.

Rindu ibu...
Kami semua rindu ibu. Terasa berat sungguh beban rindu nih ibu. Tapi kerana keyakinan bahawa ibu telah pun kembali kepada yang LEBIH MENYAYANGI ibu..kami senyum. Kami tau ibu bahagia di sana. Ibu sihat dan tiada beban dunia lagi di sana. Mungkin ibu sedang mengasuh anak2 syurga, siapa tahu..insyaAllah. Kami selalu kirimkan doa yang tak pernah putus..harapnya ianya bermanfaat buat perjalanan ibu di sana. Ibu...kak ija, adik, abg aji dan ayah sayangkan ibu sangat2. Semoga kita dapat bersatu kembali bila kami juga di jemput nanti. Kita tetap akan menjadi satu keluarga walaupun masa yang menjadi jaraknya.


Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana.

Al Fatihah buat ibu...



2 comments :

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah, ibu sedang berbahagia di sana. Di dunia yang kekal abadi bersama iringan doa anak2 yang mengasihi.

Bonda Ryan said...

kan kak chik kan? walau berkeping2 hati nih jatuh berderai. tapi as rasa ibu lebih bahagia di sana. kami bukan lah kebahagiaan yang abadi buat ibu :)