Monday 17 September 2012

Rindu dan cinta bersatu.




16hb September 2012.

40 hari sudah bidadari bonda pergi.

Pergi membawa semua kesakitan.

Membawa semua kesengsaraan.

Membawa semua cinta dan rindu.

8 Bulan yang berlalu acap kali
bonda mendengar rintihan.

Acap kali air mata tumpah
di pipi sepinya.

Acap kali bidadari itu
bertanyakan ajalnya.

Ya Allah swt...

kasihani dia Ya Allah.

Ampuni semua dosa2nya.

Cucuri lah rahmat dan belas kepadanya.

Tempat bidadari bonda di
kalangan orang2 yang beriman.

Orang2 yang di kasihi.

Kami datang lagi ibu.

Datang membawa doa
yang tiada kesudahan.

Buatmu..

Buat bekalan ibu di sana.

Sesungguhnya rindu akak pada ibu terlalu.

Tiada kata dapat gambarkan ibu.

TIADA.

Al Fatihah buat ibu yang akak rindui.


Destinasi wajib setiap isnin bagi bonda.


Ayah yang masih kehilangan.


Pusara bidadari yang semakin rata tanahnya.


Dalam kunjungan kali ini.

Bonda tergerak mahu mengabadikan nisan ini.

Allahyarham moyang bonda.

Nisan yang di bawa khas dari
Jambi, Indonesia.

Al Fatihah juga buat seluruh
ahli keluaga yang mendahalui kami.



- Sebak -

2 comments :

desperate mama said...

al-fatihah...
sangat perit...

Bonda Ryan said...

iya kaka fidza. Hanya yang telah melaluinya akan merasainya. Al Fatihah buat ibu2 kita yang di sayangi.