Malang memang tidak berbau.
Kalau berbau lah malang tuh..pasti hospital kurang pesakit..
serta doktor juga terlepas dari duty 'on call' mereka.
Tapi tu lah kan..
Hidup nih mesti ada kesakitan..kedukaan..kegembiraan.
Kita manusia.
Apa yang boleh kita buat...senyum dan ucapkan ALHAMDULILLAH.
Syukur atas semua yang terjadi.
- Cerita -
Semalam termos air panas bonda MELETUP.
Sila percaya dan takut.
Sangat seram bila bayangkan.
Kesan nya?
Bonda mengalami sedikit lecuran di perut dan peha.
Alhamdulillah tidak serius.
Tapi cukup untuk bersenang lenang
dengan MC yang dberi..kih3!!.
Nasib baik sangat bila mana RYAN4 tiada berhampiran
sewaktu termos tuh meletup...macam bom ooo, seriau!!.
Sebaik jer air panas yang notty tuh jejak kat badan bonda..
keluarlah 'vokal bukan sekadar rupa'.
Gayanya?
Owwhh!! cukup untuk buat jiran sebelah datang
berlari2 ke rumah kami.
- malu -
Sebenarnya kan....
Sakit melecur tuh terus hilang bila en.sayur serta RYAN4
datang pada bonda dan beri pelukan untuk menenangkan bonda
Bonda gelabah nak oooiii..
Sangat terkejut sebab sakit.
Alhamdulillah sangat2!! RYAN4 dan en.sayur tidak terlibat.
Kalau tak mesti lagi teruk.
Takpe bonda yang sakit..
Takpe bonda yang kena..
Bonda percaya sayang....
kesakitan tuh penghapus dosa2 kecil bonda.
Allah swt tidak kejam.
Alhamdulillah untuk sekian kali.
Hari nih nak melawat pusara ibu.
Rindu sudah..
^___^
*Al fatihah buat ibu yang di rindui.
No comments :
Post a Comment