Tuesday 4 September 2012

Hukum Karma :)



Pepatah ada mengatakan..

Apa yang pernah kita beri itu lah yang kita akan dapat kembali.

Bukan pepatah?

Ok fine.

Bonda memang suka merapu dan merepek.

Tapi betul lah!

Percayalah.

Hukum karma katanya.

Baik di balas baik dan jahat di balas jahat.

Allah swt itu ada.

Dia yang Maha Mengetahui tentang
sesuatu yang tidak kita ketahui.

Maka berpeganglah pada satu azimat

Membisu bukan bermakna kita salah.

Berdiam diri bukan bermakna kita takut.

Tapi itulah senjata bagi mereka yang teraniaya.

Doa mereka selalu makbul.

Dan bonda tidak perlu menjaja dosa

Dugaan itu buat kita kuat.

Sakit itu buat kita cekal.

Apa pun yang kita buat Allah swt melihat
dan malaikat menulis

Apa pun yang kita cakap Allah mendengar
dan malaikat merakam

Andainya kita bersedih,

Allah swt memahami dan malaikat menemani.

Walau sujud kita masih belum sempurna.

Kerna kita hambaNYA..Kita di kasihiNYA

Alhamdulillah.

Al Fatihah buat ibu.



2 comments :

AtieAbid said...

hukum karma. harini kita diatas, esok kita di bawah.

Bonda Ryan said...

yup kak atie..hukum karma. Antara percaya atau tidak sahaja :)