Sunday 23 September 2012

15 Tahun yang lalu..




Pernah satu waktu bonda bertanya pada cinta.

" Sebanyak mana awak cintakan saya b "


Jawapan nya bersahaja..


" Biarlah saya jer yang tahu ".

Masih rasa kekurangan.


" Awak janji tak kan tinggalkan saya kan b? "

Bertanya lagi.


" Bukan saya yang menulis jodoh dan pertemuan itu sayang "


Dan pada ketika itu bonda hampa.

Kenapa dia tidak seperti lelaki lain?

Pandai bermain kata dan menyulam janji.

Namun setelah 6 tahun bonda mula sedar..


Walau dia tak pernah :

Bermain kata2 cinta...
- Namun kerna sifat itulah bonda menjadi miliknya -

Tidak memanjakan bonda dengan duniawi..
- Kerna itulah erti kebahagiaan sebenarnya -

Berjanji sehidup semati dengan bonda..
- Namun dia tak pernah tinggalkan bonda walau dalam keadaan bonda sgt2 tertekan dan bersedih -

Bersumpah sayang..
- Tapi lihat sahaja buah cinta kami iaitu RYAN4 tersayang -

MOHD FAUZI BIN ISHAK.

Di kedekatan ini,
(tak leh cakap kejauhan pasal dia depan mata...hew3!!)

Bonda sayang kamu seperti bonda sayangkan RYAN4 kita.

Bonda cinta kan kamu di setiap nafas yang bonda hela.

Semoga kita tetap bersama dan berkasih sayang.

Dalam membesarkan buah cinta kita RYAN4.

Selamat ulangtahun perkenalan kita yang ke15 tahun.

Rasa macam baru semalam jer saya jadik
'adik angkat' awok kan en.sayur kan?
(mata kelip2..haha!!)

Selamat ulangtahun perkenalan!!!


*Nota kaki kanan..
Seorang hawa akan menggingati tiap detik dan tarikh yang berkaitan dengan orang yang tersayang kerana bagi mereka itu tanda penghargaan kepada perasaan mereka sendiri. Walau fitrah itu tidak sama dengan seorang adam...sila pasrah *_*




No comments :