Saturday 1 September 2012

Merdeka..masak dan rindu (entry rojak pasemboq :)



SELAMAT HARI MERDEKA.

Dah 55 tahun Malaysia yang kita cintai
bebas dari jajahan pihak luar.

Walaupun sekarang kita tetap di jajah
melalui hati dan fikiran.

Siapa penjajah?

Siapa terjajah?

Lu pikir lah sendiri
(pinjam sat ayat hang ya nabil..:P)

Tiada apa yang istimewa kemerdekaan kali ini.

Bonda balik ke rumah ibu di bukit jalil.

Sampai bila mahu terus bersedih kan.

Walau pun plastik.

Namun cukuplah kesedihan itu terselindung bagi
menjaga hati yang lebih parah.

AYAH.

Masih terawang di dunia nya.

Acap kali menyebut nama ibu.

Saban waktu tanpa jemu merasakan kehadiran ibu.

Jelas di matanya beban kerinduan yang tak terbendung.

Ketara di jiwanya luka.

Luka di tinggalkan sang kekasih yang
bersama suka dan duka 30 tahun lamanya.

Demam kerinduan nya sudah mula kebah.

Kesian ayah..segalanya terpaksa di lakukan sendiri.

Bonda pulang membawa sedikit ubat jiwa

Haruslah encik2 RYAN4.

Haru dan biru terus rumah ayah..sigh :P

Fokus utama.

Memasakkan makanan kesukaannya

Walau tak sama seperti ibu.

Bonda bukan ibu ayah...

Bonda adalah bonda..anak ayah yang banyak kekurangan.

Manakan sama dengan bidadari itu.

Terima kasih adik ku mok

Bersusah payah bangun subuh semata menemani
kakakmu yang gojes da bom ini ke pasar
(mood nak feeling diva mai dah..hew3!!)

Walaupun kita kelihatan hampeh di mata apek jual sayur

Gara-gara daun selasih yang di kata kesum.

Kelihatan bodoh di mata indon kerna udang yang seketol.

Namun ini semua permulaan yang baru buat kita.

Permulaan kepada kedewasaan kamu
(akak dah dewasa melalui anak yang berderet..sila akui, hiii)

Belajar tentang hidup ini tak semudah sewaktu ibu ada

Tak sesukar mana untuk kita hadapi

Jika kasih kita kekal abadi

Al Fatihah buat ibu tersayang...25ari penuh rindu. 

No comments :