Wednesday 19 September 2012

Bonda menagih..best!!




Dari blog ke muka buku.

Dari muka buku ke blog.

Alhamdulillah di atas semua kesenangan yang di beri.

Bonda seorang pekerja.

Bekerja makan gaji.

Namun masih punya terlalu banyak ruang dan
peluang untuk menulis.

Kerana apa?

Bukan kerana bonda makan gaji buta.

Curi tulang dan sebagainya.

Tapi kerna ini lah kerja bonda.

Menghadap alam maya sambil bekerja memantau pengguna.

Menjaga pusat internet 1malaysia uuoollsss...

Makanya 'bertenet' lah tanpa henti..hew3!!

Macam larian pas botton tuh..

Tak berenti selagi tak di 'berhentikan'.

Haish!! selisih yer.

Alhamdulillah sekali lagi atas rezeki yang Allah swt beri.

Akibat dari kerja yang amat2 lah santai ini,
makanya bonda ketagihan semula.

Bukan ketagihan dadah atau sebarang benda
yang memudaratkan yer..

Namoh3!! tak baik tuh.

Tapi ketagihan menulis.

Ini bakat warisan dari bidadari itu.

Sejak dari kecil bonda minat mengarang.

Pernah menghasilkan cerpen dan sajak untuk Antologi
" Suara generasi baru "

Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 2001
( Tulis dengan kembang kempis idung...mwahaha!! )

Antologi tersebut untuk charity di bawah
rumah kebajikan kanak-kanak kampung pandan.

Selepas 11 tahun bonda di beri kesempatan
semula untuk menulis.

Di buka kan semula pintu hati yang terkunci rapat..
pastu kunci buang kat lombong.

Umpamanya lah kan..

Jangan korang percaya pulak!

Idok ler hati nih ade kunci.

Kalau ade pun dah kena pegang dengan En.sayur.

Letak dalam van sayur.

Pandai pun..tak percaya kan?

Hahaha!!

Tu ajer nak cakap dalam entry nih boleh?

Tak boleh?

~ PITAM ~


2 comments :

faraherda.razalan said...

Ain menulislah....g anta cerpen kat Warna Kaseh....heheheheh!

Bonda Ryan said...

InsyaAllah kak..klu dberi pluang dan ruang. Tengah kutip semangat yang hilang dengan baca karya2 akk tuh. Memang da bom bila minah rock guna kamus dewan kan kak fara..i shuker uu!! ^_^